21 February 2013

BREAKING NEWS : Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 (RM400) 1.4 Juta Penjawat + Elaun Perumahan Naik?


Kenaikan gaji kakitangan awam 2013 + elaun : Berdasarkan sumber dalaman yang kami baru terima sebentar tadi dari Putrajaya di mana bahang Pilihanraya Umum ke 13 di sana semakin terasa. Bilik-bilik gerakan yang bertempat di Jabatan Pendaftaran Negara contohnya dikatakan telah bersedia. Dalam pada masa yang sama….

Gaji Kakitangan Awam + Elaun Perumahan Naik?

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji akkitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.
P/S : Nantikan kemaksini berita seterusnya daripada Berita Semasa selepas ini….
PP/S : Dalam pada masa yang sama, (CUEPACS) dilihat akan terus menekan supaya kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4 peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus.
Sumber: http://beritasemasa.com/kenaikan-gaji-kakitangan-awam-2013

19 February 2013

Seramai 2,791 graduan pendidikan dilantik terus ke DG41




Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam satu kenyataan di sini, hari ini memaklumkan mereka tidak perlu menghadiri temu duga kerana mencapai keputusan cemerlang dengan memperoleh Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas, serta mendapat sekurang-kurangnya keputusan A- dalam latihan praktikal.
"Bagaimanapun, graduan tersebut perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP, dan diperakui oleh IPTA dan IPGM," menurut kenyataan itu.


Menurut SPP, sementara itu, baki 5,033 graduan pendidikan pula perlu menduduki temu duga yang akan diadakan di seluruh negara mulai hari ini sehingga 27 Mac depan.

Layari http://www.spp.gov.my untuk maklumat lanjut. - BERNAMA
sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Seramai2_791graduanpendidikandilantikteruskeDG41/Article/

17 February 2013

4 Inisiatif PPPM Dalam 100 Hari Pertama 2013


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013 - 2025)

Salam.
Siang tadi ketika, menyampaikan perutusan tahun baru Kementerian Pelajaran, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian beliau akan memberi tumpuan utama kepada 4 inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)dalam tempoh 100 hari pertama tahun ini. 

Inisiatif pertama ialah memperkenalkan program School Improvement Partners (SI Partners) Plus and School Improvement Specialist Coaches (SISC) plus di Kedah dan Sabah. dalam usaha membimbing guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik terutamanya di sekolah-sekolah yang berada dalam Band 5, 6 dan 7.

Inisiatif kedua pula, menilai 700,000 guru opsyen Bahasa Inggeris melalui Ujian Penempatan Cambridge (CPT) dan kumpulan guru akan dikategori kepada 3 berdasarkan kepada keputusan ujian mereka. Bagi kumpulan guru-guru yang tidak mencapai tahap kemahiran yang ditetapkan latihan sepenuh masa akan diberikan. Dalam 100 hari pertama tahun 2013, kementerian bersedia melatih 5,000 orang guru.

Sambil menyifatkan awal tahun 2013 sebagai tempoh yang kritikal, beliau menegaskan Inisiatif Sarana Ibubapa ke 10,000 sekolah merupakan inisiatif yang ketiga. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, sokongan dan kerjasama di kalangan ibubapa.

Sementara inisiatif keempat pula ialah melancarkan video e-Guru untuk ditonton di semua sekolah. Program tersebut akan diperkenalkan pada bulan ini melalui program pembangunan professional baru dengan mewujudkan perpustakaan video e-Guru yang menyediakan koleksi contoh pengajaran terbaik.

Tan Sri Muhiyiddin Yassin berkata, di samping 4 inisiatif itu, kementerian tidak akan mengenepikan inisiatif-inisiatif lain di dalam PPPM. Antaranya ialah High Order Thinking Skill (HOTS) atau kemahiran berfikiran aras tinggi di kalangan murid-murid. Dua puluh (20) peratus soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah soalan aras pemikiran tinggi. 

23 January 2013

Lagu Ketam ??


Budak2 Pasti sgt suka dengan lagu ketam. Hari2 nyanyi. Dan sy pun xjemu2 juga nyanyikan utk dorang. Ok,  semua ready? tangan di hadapan.. 


Lirik Lagu Ketam

Ketam jalan senget-senget
Itik jalan baris-baris
Katak jalan lompat-lompat
Kuda berlari-lari
Burung terbang tinggi-tinggi
Ikan dalam air plop-plop
Semut jalan jumpa kawan
Hulur tangan beri salam
Assalamualaikum

01 September 2012

Tanda-tanda Gangguan Jin & Sihir


          Perkara ini saya ambil dari brosur Darul Furqon (terapi) semasa saya menemani mak saya ke sana. Darul Furqon menjalankan rawatan Perubatan Islam bagi mereka yang terkena gangguan jin dan sihir. Darul Furqon boleh dihubungi menerusi alamat No 4, Wisma Masjid Jamek Alam Shah, Jln Tun Razak, Off Jln Pasar Pudu, 50400 KL (013-2281514). Diharap info-info ini dapat membantu mereka yang memerlukan.

Tanda-tanda Gangguan Jin dan Sihir:
  1. Sakit kepala selepas waktu Asar ke atas.
  2. Sakit dada bila waktu Asar ke atas.
  3. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu Asar.
  4. Badan terasa berat dan malas.
  5. Sukar mendapat jodoh.
  6. Badan terasa berbisa-bisa.
  7. Sakit ketika menziarahi orang meninggal.
  8. Sukar Tidur malam.
  9. Selalu ditindih ketika tidur.
  10. Sakit pinggang tanpa sebab.
  11. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
  12. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  13. Bermimpi di tempat tinggi.
  14. Bermimpi di tempat yang kotor.
  15. Ada terasa benda bergerak di bawah kulit.
  16. Bayi kerap menangis.
  17. Bunyi guli jatuh dari syiling.
  18. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
  19. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  20. Malas dan lemah tanpa sebab ketika hendak bekerja.
  21. Nyanyuk ketika usia lanjut.
  22. Panas baran.
  23. Sikap berubah secara mendadak.
  24. Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran.
  25. Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran.
  26. Mengantuk bila baca Al-Quran.
  27. Suka melakukan tabiat buruk.
  28. Kerap keguguran.
  29. Mandul.
  30. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  31. Nafsu seksual yang melampau.
  32. Bermimpi seram yang menakutkan.
  33. Darah haid turun lebih 15 hari. 
  34. Batuk yang berpanjangan.
  35. Kuat berangan.
  36. Terlalu rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  37. Selalu melihat kelibat di rumah.
  38. Terasa diri selalu diperhatikan.
  39. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  40. Melihat jin secara terus.
  41. Sakit mental atau gila.
  42. Gagal dan dingin ketika hampir jimak dalam usia muda.
  43. Strok atau lumpuh dalam keadaan badan dingin.
  44. Malas beribadat.

19 January 2012

7 Jawapan penuh hikmah daripada Saidina Ali k.w.

Saidina Ali KarramAllahhu Wajhah menjawab 7 pertanyaan dengan penuh hikmah...

1- Apakah yang lebih berat daripada langit ?

Saidina Ali menjawab : Tuduhan palsu lebih berat daripada langit.

2- Apakah yang lebih luas daripada bumi ?

Saidina Ali menjawab :Kebenaran lebih luas daripada bumi.

3- Apakah yang lebih kaya daripada laut ?

Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya daripada lautan.

4- Apakah yang lebih keras daripada batu ?

Saidina Ali menjawab :Hati orang munafiq lebih keras daripada batu.

5- Apakah yang lebih panas daripada api ?

Saidina Ali menjawab : Penguasa yang zalim lebih panas daripada api.

6- Apakah yang lebih sejuk daripada Zamharir ( Neraka yang paling dingin ) ?

Saidina Ali menjawab :Berhajat kepada orang yang bakhil lebih sejuk / dingin daripada Zamharir.

7- Apakah yang lebih pahit daripada racun ?

Saidina Ali menjawab : Sabar lebih pahit daripada racun (pada riwayat yang lain) Mengadu domba lebih pahit daripada racun

26 September 2011

Hudud @ undang sivil alternatif bagi non-muslim

Assalmualaikum..
Isu hudud merupakan isu semasa yg menjd tajuk dunia politik malaysia la ni. Saya sbgai seorg muslim menyokong penuh 100% pelaksanaan hudud di Malaysia. 

Non-muslim tidak perlu takut dgn pelaksanaan hudud ini (sekiranya dilaksanakan) krn rakyat non-muslim boleh memilih sama ada mahu memilih hudud atau undang2 sivil. 

Yg m'jd masalah skrg ialah muslim sendiri yg menolak pelaksanaan hukum Allah ini. Awak siapa nak tolak hukum Allah? Apa hebat sgt undg2 yg awk buat smpai jenayah mkin byk la ni? xfaham saya.. kenapa takut sgt dgn hudud kalau awak xbuat salah.. hanya org yg buat salah saja takut dgn undang2 hudud.. Hanya Allah yg tau apa niat mereka sbnrnya.



al- Maidah: 44
“Barangsiapa yang tidak mahu mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah dia adalah dari kalangan orang kafir“.
al-Maidah: 45
“Barangsiapa yang tidak mahu mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah dia adalah dari kalangan orang zalim
al-Maidah: 47
“Barangsiapa yang tidak mahu mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah dia adalah dari kalangan orang fasiq
Siapa kita untuk menolak hukumNya?Pilihlah golongan mana yang anda mahu, sama ada mengikut orang yang menolak hukum Allah atau diri sendiri idak mahu melaksanakannya…