26 September 2011

Hudud @ undang sivil alternatif bagi non-muslim

Assalmualaikum..
Isu hudud merupakan isu semasa yg menjd tajuk dunia politik malaysia la ni. Saya sbgai seorg muslim menyokong penuh 100% pelaksanaan hudud di Malaysia. 

Non-muslim tidak perlu takut dgn pelaksanaan hudud ini (sekiranya dilaksanakan) krn rakyat non-muslim boleh memilih sama ada mahu memilih hudud atau undang2 sivil. 

Yg m'jd masalah skrg ialah muslim sendiri yg menolak pelaksanaan hukum Allah ini. Awak siapa nak tolak hukum Allah? Apa hebat sgt undg2 yg awk buat smpai jenayah mkin byk la ni? xfaham saya.. kenapa takut sgt dgn hudud kalau awak xbuat salah.. hanya org yg buat salah saja takut dgn undang2 hudud.. Hanya Allah yg tau apa niat mereka sbnrnya.



al- Maidah: 44
“Barangsiapa yang tidak mahu mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah dia adalah dari kalangan orang kafir“.
al-Maidah: 45
“Barangsiapa yang tidak mahu mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah dia adalah dari kalangan orang zalim
al-Maidah: 47
“Barangsiapa yang tidak mahu mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah dia adalah dari kalangan orang fasiq
Siapa kita untuk menolak hukumNya?Pilihlah golongan mana yang anda mahu, sama ada mengikut orang yang menolak hukum Allah atau diri sendiri idak mahu melaksanakannya…

Praktikum 3 : cuaknya...

Assalamualaikum n selamat sejahtera.. kebelakangan ni semua org bz memikirkan destinasi sek utk praktikum thun dpn.. setelah diskusi b'sama partner n car partners, Sk Machang Bubok 2 menjd pilihan (sebenranya unit praktikum xapprove pun lg).. walaupun praktikum tu thun dpn tp takutnya dh blh dirasai skrg.. RPH, RPS, BBM, FAIL dll.. kesian nya kt otak.

blum praktikum dh tulis harapan siap2.. Harapan sy utk praltikum fasa 3,


  • minimum plg kurg kne tdo 3 jam 
  • xnak marah2 dh dlm kelas
  • smoga tidak kering idea dlm memikirkan aktivit p&p
  • jgn la dy buat mengantok dlm kelas (malu kt ank murid)
  • harap2 dlm lectr n guru p'bimbing yg support n sgt membantu

kesimpulan: cari siap2 bhn utk p&P thun dpn. Azam kena ada w/pun blum tentu sy buat. xpelah, ada niat la tu. Tp ok tak SK Machang Bubok 2 tuh??????? 



14 September 2011

RaYa d'Mithali

B'gmbar di depan Prsekolah Mithali, IPGKTB

Yeahh!! selesai sudah jamuan raya pra.. letihnya msak smlm, tdo lmbt bgun pkul 4.30 am (sy tolg bsuh pggan n bsuh beras je, bkn masak pun).. Mne nya xlena dlm kelas Miss Ewe lps tu. Akibat penangan nasi kerabu k.gie.. hehe, sedap. Enjoy2 jgk, letih pun sme naik.. besalah dh tua ni, tendon lutut pun dh longgar. Cepat rse sakit.. 


Di ruangan yg penih bermakna ini, sy ingin mengucapkan terima ksh kpd pensyarah2 yg terlibat dlm m'beri sumbangn makanan, wang, & tenaga dalm m'jayakan progrm raya ini. Juga kredit utk tukg2 masak sume yg msk bihun, nsi kerabu, koktail buah, gorg keropok, bancuh air dan sumbgn tenaga rakan2 len. B'syukur dpt kwn mcm u'll sume. thanks 4 make me smile today..

28 June 2011

Rezeki Rumah Sewa

salam..

Alhgamdulillah, dh dkt msuk 2 minggu sejak dok umah sewa. Rumah sewa kmi rumah kampung. W/pon barang byk yg xde lg, tp saya bahagia dok kt sni. antara sebabnya.. jeng jeng jeng... :

      a) kiri kanan depan belakang sume pohon buah
          (mlm2 bunyi DUMM - tandanya buah durian dh jatuh ats zink rumah sewa kami)
      b) w/pun phon buah jiran2 yg punyer, tp kami pon dpt habuannya..
            - antara buah yg kmi dpt...       Jeng Jeng Jeng !!

DUMMM !! dah jatuh ats zink rumah, jom p kutip..

Pak Cik Mat berkongsi rezeki

Ehsan Pak Cik Mat jugak (Pak cik yg baik sgt)
Machang yg buaynya.. wah, segar!

dr cikgu prasekolah aka cikgu Norlia

dr tuan rumah sewa kami ni

.. haha, best kan rumah sewa ni.. walau apa pun ini semua rezeki dtg dri Tuhan yg Maha Kaya lg Maha Pemurah.. syukur.. jemputlah dtg ke rumah sewa kami.. (terhad-selagi stok masih ada)

07 May 2011

AGAIN! again..!!

Panaszzz... Semalam telah berlaku satu jenayah pecah masuk bilik. Langkah2 berjaga2 tlh diambil seblm ini dgn mengunci semua gate tepat jam 12am. Tetapi malangnya, penjenayah ini masuk melalui tingkap udara (atas). w/pun waspada mana pun kita, kita tetap lemah tanpa bantuan DIA. Jadi pesana penaja.. 
      
      BACA AYAT PENDINDING/ PELINDUNG DIRI. Ayat kursi, ayat 1000 dinar, 3kul, dan mcm2 lg. Pesanan utk diri sendiri jgk.. :(

01 March 2011

Pencerobohan Sekali Lagi

AT-10-TION
27/2/2011 tengah mlm..
Da rompakan lagi di blok asrama p'puan..
Hilang laptop, purse, h/p.. Plezz sume, jgn tgalkan bilik unlocked ble msuk je tgh mlm..
Cz skrg da musang jadian.. brgkali ia b'ada di antara kte.. 
So, start now.. pintu gate Damai akn dikunci kul 12 am.

p/s: Sayangilah barang kepunyaan anda. Pesanan ikhlas dr penaja.

28 February 2011

Lawatan Ke SK Pend Khas Alma (Penglihatan)

24.2.2011 (8.15 am)
Tujuan lawatan: Amali PRA 3109

Sy b'peluang ke sek pend khas cacat penglihatan. Sek ni diberi taraf sek kluster kecemerlangan kump C. Memg cntik tmpnya. Kalah maktab. Jgn marah, ni kebenarannya. Jom tengok..
Kolam Renang

Padang: Trek larian utk kanak2 cacat penglihatan

Kt sluruh M'sia ni, hanya da 2 buah sek keb yg khusus utk cacat p'lihatan. 1 lg kt johor. Siap da asrama lg utk murid jauh cth dr kelantan. Bayangkan kanak2 sek ren + cacat p'lihatan = dok asrama. Mcm susah nk percaya. Lagi2 dak prasek. Ai, tabah betul dorg ni. Klu da ank sy, sy xsanggup nk htr ank yg istimewa ni dok asrama. Nauzubillah.. Mls nk story byk, mai tgk apa yg da kt sek ni..

Mesin Fotostat Braille (mahal ni +- RM 19,000)

Cctv: Alat utk membesarkn perkataan. (+- RM 3000)

Library: Buku2 Braille

Surah Al-Lail dlm Braille. Cba baca skit kwn2..

Pengurusan diri: Membutang baju

Gambar Sistem Cakerawala yg dibuat m'gunakn benang (sorry gmbr terbalik)
Gambar yg telah ditekap oleh mesin utk kank2 cacat p'lihatan. Mcm ni la kertas exam dorg. Tambahan waktu 30 minit  utk masa exam. Dorg pun amk pekse mcm knak2 normal lain.

Mesin Braille (diimport khas dr UK. xingat la bpe RM, tp yg pasti kte xmampu nk bli)
Mesin Braille blh tulis 3 bhs. BM, BI, Jawi. Kanak2 khas ni da tahfiz Al-Quran. Dorg blh bka komputer. Mcm mne org cacat p'lihatan men kmputer ye? Dorg guna keyboard je. xperlu monitor. Tp dorg tetp gna kompter yg lgkp ngn monitor cuz cct p'lihatan ni ad 3 jns. Rabun teruk, Buta lgsung, Multiple Disabilities. Bkn sume xleh nmpk. da yg nmpak b'gntg pd keseriusan kerosakan. 


Nmpk cm normal tp pkai alat bantu berjalan. Confius2

B'sama lecr Miss Ewe Mee King, GB, GPK1 Cikgu Tarmizi

Terima kasih byk2 kt Cikgu Tarmizi utk taklimat, & tour. Shingga b'temu lg InsyALLAH. Wassalam..

  

21 February 2011

EDU 3106 Lakonan Perkahwinan Jawi peranakan

Alhamdulillah, selesai sudah part paling susah dlm Kerja Kursus Pendek ni. Terbelit lidah den nk ckp loghat Utara ni. xmsuk lg ngn props nye. Buat preparetion mcm nk kawin betul dah. Xpe, pengalaman ni berguna utk perkahwinan yg sebenar nt, hehehe. Rasa mcm nk kawin plak. Agak2 hujung thn ni nk kje kt butik pengantin la. Ni antara preparation yg kami buat..

Tepak sireh buatan sendiri

Kain baju kurung

Minyak wangi spe la ni??

Hantaran. TQ byk2 kt Za cuz tolg buatkan bunga rampai. Wangi 1 bilik

Bersama pengantin, rakan2 yg byk membantu, dan pensyarah En Ridzuan 

P/s:
En Ridzuan kne bg markah lebih ni..
Presentation esok bakal menanti.... jgn tnya soalan yg pelik2 sudah..




Personaliti Mengikut Tarikh Lahir

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1 ---- Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus- terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2 ---- Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em... bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3 ---- Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4 ---- Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5 ---- Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan- kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6 ---- Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7 ---- Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8 ---- Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9 ---- Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

31 January 2011

'Hana' bermaksud Pertama

Assalamualaikum,
Ini kali pertama sy buat blog.
Q: npe xbuat dlu lg? 
A: Sbb sy xtau nk karang apa dlm blog..
Q: skrg?
A: sy dh tau nk buat apa. Antara sebabnya:
         1) mungkin sy blh jd lebih 'Ilmiah'
          2) nk cuba hobi lain
          3) nk kuar dr bawah tempurung katak

Cubaan pertama.. Hrap dpt tunjuk ajar & sokongan kwn2. Mcm pantun Melayu ckp..

Buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolg jolokkan,
saya bdk bru belajar,
klu salah tolg tunjukkan. (Minta tunjuk ajar ya!)