01 September 2012

Tanda-tanda Gangguan Jin & Sihir


          Perkara ini saya ambil dari brosur Darul Furqon (terapi) semasa saya menemani mak saya ke sana. Darul Furqon menjalankan rawatan Perubatan Islam bagi mereka yang terkena gangguan jin dan sihir. Darul Furqon boleh dihubungi menerusi alamat No 4, Wisma Masjid Jamek Alam Shah, Jln Tun Razak, Off Jln Pasar Pudu, 50400 KL (013-2281514). Diharap info-info ini dapat membantu mereka yang memerlukan.

Tanda-tanda Gangguan Jin dan Sihir:
  1. Sakit kepala selepas waktu Asar ke atas.
  2. Sakit dada bila waktu Asar ke atas.
  3. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu Asar.
  4. Badan terasa berat dan malas.
  5. Sukar mendapat jodoh.
  6. Badan terasa berbisa-bisa.
  7. Sakit ketika menziarahi orang meninggal.
  8. Sukar Tidur malam.
  9. Selalu ditindih ketika tidur.
  10. Sakit pinggang tanpa sebab.
  11. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
  12. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  13. Bermimpi di tempat tinggi.
  14. Bermimpi di tempat yang kotor.
  15. Ada terasa benda bergerak di bawah kulit.
  16. Bayi kerap menangis.
  17. Bunyi guli jatuh dari syiling.
  18. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
  19. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  20. Malas dan lemah tanpa sebab ketika hendak bekerja.
  21. Nyanyuk ketika usia lanjut.
  22. Panas baran.
  23. Sikap berubah secara mendadak.
  24. Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran.
  25. Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran.
  26. Mengantuk bila baca Al-Quran.
  27. Suka melakukan tabiat buruk.
  28. Kerap keguguran.
  29. Mandul.
  30. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  31. Nafsu seksual yang melampau.
  32. Bermimpi seram yang menakutkan.
  33. Darah haid turun lebih 15 hari. 
  34. Batuk yang berpanjangan.
  35. Kuat berangan.
  36. Terlalu rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  37. Selalu melihat kelibat di rumah.
  38. Terasa diri selalu diperhatikan.
  39. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  40. Melihat jin secara terus.
  41. Sakit mental atau gila.
  42. Gagal dan dingin ketika hampir jimak dalam usia muda.
  43. Strok atau lumpuh dalam keadaan badan dingin.
  44. Malas beribadat.

19 January 2012

7 Jawapan penuh hikmah daripada Saidina Ali k.w.

Saidina Ali KarramAllahhu Wajhah menjawab 7 pertanyaan dengan penuh hikmah...

1- Apakah yang lebih berat daripada langit ?

Saidina Ali menjawab : Tuduhan palsu lebih berat daripada langit.

2- Apakah yang lebih luas daripada bumi ?

Saidina Ali menjawab :Kebenaran lebih luas daripada bumi.

3- Apakah yang lebih kaya daripada laut ?

Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya daripada lautan.

4- Apakah yang lebih keras daripada batu ?

Saidina Ali menjawab :Hati orang munafiq lebih keras daripada batu.

5- Apakah yang lebih panas daripada api ?

Saidina Ali menjawab : Penguasa yang zalim lebih panas daripada api.

6- Apakah yang lebih sejuk daripada Zamharir ( Neraka yang paling dingin ) ?

Saidina Ali menjawab :Berhajat kepada orang yang bakhil lebih sejuk / dingin daripada Zamharir.

7- Apakah yang lebih pahit daripada racun ?

Saidina Ali menjawab : Sabar lebih pahit daripada racun (pada riwayat yang lain) Mengadu domba lebih pahit daripada racun